Perbicaraan 10 Mac 2009 ditunda Isu Exco Perak ditangkap 2008

Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu tidak hadir di Mahkamah Majistret Ipoh pada 10 Februari 2009 kerana sakit. Mulanya Hakim mengeluarkan waran tangkap kepada Jamaluddin, Mohd Osman Jailu dan Usaili Elias. Tetapi pihak Jamaluddin cepat-cepsat mengemukakan surat cuti sakit .Sementara peguam bagi Mohd Othman mengemukakan surat tidak sihat. Sementara Usaili Elias datang tetapi terlewat sejam.

Mohd Osman, Jamaluddin, Usaili dan dua orang lagi - juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Ruslan Sahat dan bekas anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan - menghadapi 16 pertuduhan menerima dan meminta rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar , 20 km dari Ipoh. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos 2008. Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos 2008 di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.[6]

Tertuduh keenam, ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail (30) dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos 2008 untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah turut dibicarakan secara bersama dengan empat tertuduh berkenaan.

Peguam M. Saravanan mencadangkan pihak pendakwaan memanggil perempuan yang ditawarkan kepada tertuduh kerana hanya perempuan terbabit boleh mengesahkan tuduhan berkenaan. Hanya perempuan terbabit dapat mengesahkan hubungan seks telah dilakukan. "Kenapa dia tidak dipanggil (memberi keterangan)? Adakah dia masih hidup? Adakah masih berada atau keluar dari negara ini? Sekurang-kurangnya apakah namanya?,"

Hakim ialah Azhaniz Teh.Peguam Surjan Singh mewakili Usaili, Mohd Asri Othman mewakili Fairul Azrim, M. Saravanan mewakili Zul dan Abdul Roni Rahman mewakili Mohd Osman dan Jamaluddin.[7]